Friday, December 16, 2011

stress sepanjang hari !! jum amalkan ni :)

Selain daripada mengamalkan diet seimbang, senaman juga dapat membantu mengurangkan stress.  Senaman amat penting dalam kehidupan seharian kerana :

i.       Memberikan lebih tenaga
ii.     Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit
iii.   Memperbaiki sistem pernafasan dan jantung.
iv.   Memperkukuhkan keyakinan diri

Selain itu, atur lah cara tidur yang betul

i.       Meningkatkan daya konsentrasi atau perhatian yang lebih baik.
ii.     Meningkatkan kekuatan dan stamina
iii.   Menjadikan seseorang berfikiran positif dan mengamalkan cara hidup sihat.

contoh-contoh senaman yang sesuai dilakukan setiap hari: 

 Berjogging.

·         Boleh dilakukan bila-bila dan di mana sahaja.  Ia boleh dilakukan secara berkumpulan atau seorang diri.  Jika anda selain mengamalkan aktiviti berjogging ini, ia boleh mengelakkan anda dari stres.

       Berjalan kaki

·         Ia amat sesuai dilakukan oleh orang yang telah tua dan mereka yang disyorkan melakukan senaman ringan.

     Menunggang basikal

·         Menunggang basikal elok untuk jantung dan pernafasan yang boleh membantu mengurangkan stres.  Untuk kesan yang ketara, aktiviti ini boleh dilakukan sentiasa selama 30 minit, paling kurang 3 hingga 4 kali seminggu.

      Berenang

·         Berenang membantu sistem pernafasan, menguatkan jantung dan baik untuk otot serta tubuh badan.

      Beraerobik

·         Faedahnya sama seperti kita berenang.  Ketika aktiviti aerobik dilakukan, minda kita berhubungan terus untuk mencapai teknik gerakan selari dengan muzik yang akan membantu kita menumpukan lebih perhatian dan seterusnya mengurangkan stres.

    Aktiviti fizikal.

·         Aktiviti fizikal atau sukan seperti bermain badminton, tenis dan ping pong.

No comments:

Post a Comment