Saturday, December 17, 2011

tips memilih kasut sukan

Waktu yang sesuai membeli kasut ialah pada waktu petang setelah sehari suntuk bergerak kerana pergerakan ini menjadikan kaki kembang sedikit daripada biasa.
Cuba 4 atau 5 pasang kasut. Pakai dan ikat talinya sepadat yang boleh. Cuba berjalan untuk seminit dua. Pastikan ibu jari kaki dapat digerakkan dengan bebas.
Harus ada ruang seluas satu setengah ibu jari tangan antara ibu jari kaki dengan bahagian dalam hujung kasut.
Pegang kasut di bahagian tapak kaki dan cuba lipatkan. kasut yang baik dan sesuai untuk berjoging atau berjalan mesti boleh dilenturkan.
Pastikan buku lali kaki tidak termasuk di dalam kasut.
Sebelum membeli, periksa kualiti kasut dengan melakukan ujian tumit tegak (vertical heel test). Letak kasut di atas kaunter kedai kasut dan perhati kasut dari belakangnya pada paras mata. Pastikan pelapik tumit lurus, tidak kembang atau condong dan bahagian pelapik bersambung baik dengan bahagian atas.

selain itu,pakai sarung kaki atau stoking yang lembut dan gantikan setiap kali bersenam. Stoking yang basah atau lembab boleh mendatangkan masalah kulit pada kaki. Guna stoking yang diperbuat daripada campuran kapas dan polyester atau acrylic yang dapat memastikan kaki sentiasa kering dan terlindung daripada lepuh.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. keselesaan adalah yang paling utama :)

    ReplyDelete
  3. Harrah's Cherokee Casino and Hotel - MapYRO
    Harrah's Cherokee 구리 출장안마 Casino 하남 출장마사지 and Hotel, 김해 출장샵 Cherokee · Rooms: 1,034. (866) 926-7777 · Casino: 1250 Casino Drive, 평택 출장샵 Cherokee · Chain 구리 출장마사지 Chain: Harrah's Cherokee Casino

    ReplyDelete